YAYASAN AL AMIN sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-02/2006) di mana ia menyediakan kemudahan asrama serta persekolahan bagi anak-anak yatim dan tahfiz. Yayasan Al-Amin ini juga ditubuhkan untuk menjaga bahagian pendidikan dan merupakan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin & Maahad Sains  Al-Quran Al-Amin


OBJEKTIF

Penubuhan Yayasan Al-Amin ini adalah untuk membina sebuah universiti wakaf Al-Amin¬≠¬≠ bagi memberi pendidikan percuma kepada anak-anak orang Islam. Selain itu, penubuhan Yayasan Al-Amin ini adalah bertujuan untuk menyediakan  individu-individu yang berkualiti dalam bidang tertentu untuk pembangunan negara


MISI

Ke arah universiti wakaf islam dan ini akan menambahkan lagi institusi-institusi yang berasaskan kebajikan.

VISI

Ke arah pendidikan yang cemerlang berasaskan kepada kewajipan  menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan  memenuhi matlamat yang sempurna untuk agama bangsa dan negara.